Friday, May 11, 2018

5 Cara Mudah Kawal dan Cegah Komplikasi Penyakit Kencing Manis


5 Cara Mudah Kawal dan Cegah Komplikasi Penyakit Kencing Manis



Kencing manis atau nama saintifiknya ialah diabetes, merupakan salah satu penyakit yang boleh mengancam nyawa manusia. Saya percaya masih ramai yang tidak tahu bahayanya penyakit kencing manis. Saya nak kongsi info apakah organ atau anggota tubuh badan manusia yang bakal terancam kerana kencing manis. Terdapat 4 bahagian badan yang bakal terancam akibat terkena penyakit kencing manis, iaitu ;
1)     Mata – Boleh mengakibatkan masalah penglihatan atau buta
2)     Jantung – Boleh terkena serangan jantung secara tiba – tiba
3)     Buah Pinggang – Boleh mengakibatkan kerosakan buah pinggang kronik
4)     Kaki – Boleh mengakibatkan kaki dipotong
Saya kongsikan 5 cara paling mudah kawal dan cegah komplikasi penyakit kencing manis.



#1 Kawal ABC Anda!
  • A1c (kawal gula dalam darah)
  • Blood Pressure (tekanan darah)
  • Cholesterol (kolesterol)

A) Kawal A1c (gula dalam darah)
  • Pastikan buat pemeriksaan 2 hingga 4 kali setahun
  • A1c menggambarkan purata nilai gula dalam darah anda sepanjang 3 bulan yang lalu
  • Sasaran ideal A1c adalah kurang dari 6.5%

B) Blood Pressure (tekanan darah)
  • Periksa setiap kali rawatan
  • Sasar kurang daripada 130/80mmHg

C) Cholesterol
  • Lakukan pemeriksaan setiap tahun
  • Jumlah kolesterol < 5.2 mmol/1
  • LDL < 2.6 mmol/1
  • Untuk wanita, HDL > 1.3 mmol/1
  • Untuk lelaku, HDL > 1.0 mmol/1 


#2 Sentiasa Lakukan Pemeriksaan Komplikasi Penyakit Kencing Manis

  • Periksa kaki anda setiap hari
  • Jumpa doktor gigi setiap 6 bulan
  • Lakukan ujian buah pinggang setiap tahun
  • Lakukan pemeriksaan mata setiap tahun

#3 Bersenam & Amalkan Pemakanan Yang Sihat
  • Dapatkan berat badan yang ideal. Jauhi berat badan berlebihan atau obesiti
  • Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari. Jauhi gaya hidup tak aktif ‘sedentari’
  • Elakkan pemakanan tidak seimbang contohnya berlebihan ambil makanan berlemak, kurang ambil makanan berserat 
  • Pilih makanan yang rendah Glisemik. Ambil vitamin dan mineral seperti Kromium dan Magnesium

#4 Berhenti Merokok


Menurut kajian yang dilakukan. 
Terlampau banyak kesan buruk akibat merokok. Bukan hanya pada perokok malah orang sekeliling juga turut terkena tempias. Apatah lagi jika perokok tersebut menghidap penyakit tertentu seperti Kencing Manis atau Diabetes.
Kesan yang paling teruk ialah ia akan merosakkan sel dalam badan kita. Seperti radikal bebas. 
Saya tahu, memang sangat susah untuk berhenti merokok sebab ia menjadi satu ketagihan. Sayangilah diri dan keluarga anda. Cuba berhenti secara perlahan-lahan, anda pasti boleh lakukannya!
#5 Kurangkan Atau Elakkan Pengambilan Gula
Dalam masakan atau minuman biasanya akan menggunakan gula pasir untuk menjadikan rasa yang lebih sedap sesuai dengan selera masing-masing. 
Ramai yang masih kurang kesedaran bahawa gula pasir merupakan antara penyumbang masalah kencing manis jika diambil dalam jumlah yang berlebihan. 
Pertubuhan Kesihatan Sedunia menasihati orang diseluruh dunia untuk mengurangkan jumlah gula yang mereka makan setiap hari. Masyarakat hari ini semakin bijak dan telah mempunyai kesedaran untuk menggantikan pengambilan gula kepada pemanis semulajadi. Apakah itu pemanis pengganti gula semula jadi? Klik sini untuk info





No comments:

Post a Comment

iMac Untuk Dijual Segera! (Retina 5K, 27-inch, Late 2015)

Call / Whatsapp  019-6629789